Saturday, June 19, 2010

Pertunangan "Ku"


Selamat Bertunang diucapkan kepada kakakku Dila bersama pasangannya Nuar.Alhamdulillah tarikh 19 Jun hari sabtu menjadi saksi hari pertunangan mereka.
Diharapkan mereka berdua menjadi pasangan bahagia sehingga ke majlis persandingan kelak.InsyaAllah.

Pulau Jerejak Rainforest Resort


Pada 15-17 Jun aku telah mengikuti kursus yang dipanggil Kursus Etika Dan Sosial anjuran Majlis Perundingan Mahasiswa Pulau Pinang.Dimana...tidak lain dan tidak bukan di Pulau Jerejak.Dan yang paling syok penginapan 3 hari 2 malan di Jerejak Rainforest REsort & Spa adalah free ditaja khas oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.Ketepikan unsur politik, mari kita enjoy!

Sedikit history, Pulau Jerejak ini suatu ketika dahulu adalah sebuah pulau yang menempatkan manusia yang dibuang negeri dan juga menempatkan pesakit kusta.Gerun pun ada kalau kita memikirkannya.Akan tetapi pada hari ini pulau ini dibangunkan setrusnya tertubuhnya satu resort mewah iaitu....tengok entry kat atas. :)


Resort itu menyediakan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik sehingga ke aktiviti2 lasak seperti wall climbing,jungle trekking,pintball,kayaking dan lain2.
Memang tidak rugi jika berkunjung ke sini.Apatah lagi masakan yang dihidangkan memang sedap.


Jadi kepada seiapa yang berminat tuk berkunjung ke sebuah pulau selain Pulau Pinang di Pulau Pinang Pulau Jerejaklah destinasi yang amat tepat.(promote la pulak)

Monday, June 14, 2010

Batu Hampar

Gunung Jerai

Entry kali ni aku nak masukkan gambar pemandangan Gunung Jerai.Aku p Gunung Jerai dengan Mus,Shapik,Kimi.Kat atas puncak ada satu hotel mewah 5 bintang kot.Perghh..memang satu penginapan wajib tuk siapa yg ingin berbulan madu.X payah p luaq negara.Kedah ada segala-segalanya.Cuaca kat puncak....x yah nak kata..memang sejukkkk..rasa macam aircond tapi aircond ni percuma.Kuasa Allah.Subanallah,


Kami p kat atas puncak nek van sapu Pak Cik Harun ( org panggil ).Harga RM 10 satu kepala.Kalaulah aku p bercamping kat atas ( tapak camp pon ad ) tu dah tentu aku x nek van sapu.Panjat guna kaki lagi best lagi adventure lagi sihat.Ok la apa pon Gunung Jerai memang terbaik.




Saturday, June 5, 2010

Pulau Sayak




Pulau Sayak terletak berdekatan dengan Kota Kuala Muda,Kedah.Pulau Sayak bukan sebuah pulau seperti nama yang diberi tetapi sebuah persisiran pantai yang agak terpencil.Terdapat beberapa perkampungan nelayan di sekitar penempatan.Aku tidak melepaskan peluang tuk berkunjung di sana.Antara tarikan pengunjung yang datang ke sana adalah antaranya pantai yang cantik,untuk melihat keindahan matahari terbenam,dan mee udang yang sedap.









Selain itu batu-batuan besar yang terdapat di persisiran pantai amat unik. Ini kerana batu-batuan tersebut berwarna merah.Memang cukup indah apabila melihat pembentukan batu-batuan merah sdemikian rupa.Subahanallah...Maha Suci Allah.
































Tuesday, June 1, 2010

P untuk Kereta

1 Jun 2010 hari selasa, hari dimana aku telah lulus dengan cemerlangnya ujian memandu bertempat di Pusat Memandu Melati ,Bukit Tengah, Pulau Pinang.Alhamdulillah...