Friday, February 8, 2013

Final Year Project di UIA

Sepetang di lab dan mungkin berlarutan hingga ke malam.Kerakusan mengekstrak kulit buah tembikai susu untuk kajian anti-oksida memakan masa namun tetap ku gagahi.Bukan apa klu buat cepat,abih cepat pastu bole plan holiday bersama kawan-kawan.Sekian

Thursday, February 7, 2013

Last Semester

4 tahun belajar di Universiti Islam Antarabangsa kuantan kampus ,kini tinggal saat yang dinanti-nantikan iaitu berada di akhir semester.Namun perjuangan masih belum selesai tatkala badai Final Year Project harus ditempuhi untuk menggenggam segulung ijazah.InsyaAllah moga dipermudahkan olehNya.





Monday, February 4, 2013

Jalan-jalan cari kedamaian



Hiking: Penang Hill

Lama tidak menulis blog bukan apa,dah banyak laman sosial yang mengaburi mata untuk menjenguk apatah lagi menulis entri
Kali ini entri tentang bukit bendera.Mendaki bukit bendera agak meletihkan terutama kepada pendaki yang tidak melakukan senaman regangan atau latihan kardiovaskular.Akan tetapi, dengan semangat, tekad dan kegigihan, mendaki hingga ke puncak tidak sesekali mematahkan semangat.Kami bertiga mendaki seawal mungkin bermula di Moongate,Kebun Bunga.
Tiba sekitar jam 12 tengahari,terus pergi ke kiosk menikmati ais kacang.slrrrpppp..
Ais kacang yang harganya mencecah Rm5 tidak kami peduli asalkan memecah kedahagaan yang sekian lama.
Hampir 2 jam berehat menikmati keindahan pemandangan sambil dibelai kedinginan udara dari atas puncak,kami turun mendaki semula ke moongate.Rasanya cukup lah sekali pengalaman mendaki bukit bendera ini,insyaallah kalau rasa teringin nak mendaki lagi akan dipertimbangkan.Mendaki bukit bendera ini tidak lah sesusah mana cuma ada beberapa jalan dan laluan trek yang agak menyusahkan.