Thursday, April 15, 2010

Paradise Island


Perhentian Island
Where Reality Is Like A Dream




Tanggal 11 - 13 April adalah hari2 yg boleh dikatakan hari lepas tension sedunia..
mana tidaknya hari itu aku pergi bercuti ke Pulau Perhentian( two thumbs up!).Pulau Perhentian (Kecil dan Besar) memang syurga bagi pelancong yang ingin menikmati pemandangan-pemandangan yang menakjubkan(subhanallah).

Hari pertama jejak kaki di pulau tu bagaikan mimpi menjadi realiti..suasana pantai yg nyaman,disertai dengan bunyi deruan ombak kecil yang menghempas pantai putih memang menjadi impianku sejak sekolah rendah lagi.Penginapan budget di Samudera Chalet selama 3 hari 2 malam bersama 4 rakan universiti banyak memberi pengalaman dan pengajaran yg tidak mungkin dialami dan dipelajari di tempat belajar.

Kami tiba di jeti pulau perhentian besar dalam tengahari dan terus check in chalet.Chalet Samudera tidak lah begitu hebat seperti di Coral View Resort dn resort2 yg len.Memang berpatutan dengan harga yg ditawarkan..hmmm..toilet ok,katil ok,so far semua ok except kekurangan kemudahan seperti power supply tuk charge hnset..tu jew.
Berehat sebentar di chalet sebelum kami bersiar-siar di tepian pantai yg nyaman.Kelihatan pelancong-pelancong asing tidak melepaskan peluang berjemur di bawah pancaran matahari.

Pantainya cantik,memukau tetapi sayangnya agak keberatan tuk bermandi manda disitu.Batu-batu besar di dalam air mengganggu keseluruhan aktiviti (mandi ) pada petang tuh..
(aduh leceh).
Kami amat bertuah sbb mak cik restoran suggest supaya pergi ke tempat yg lebih menarik dan tempat nya itu terletak di sebalik pantai yg kami duduki..nak ke sana?..
jungle trekking la..
Perjalanan jungle trekking mengambil masa lebih kurang dalam 20-30 minit bergantung kepada kepantasan.Kami menikmati pemandangan flora dan fauna di sepanjang perjalanan.Terasa begitu asing bagiku untuk menikmati pemandangan di pulau perhentian.

Kami tiba di sebuah pantai yg cantik.Kelihatan ramai pelancong yg sedang berjemur di bawah pancaran matahari..airnya (mak aii) memutih dan amat jernih sekali..masya Allah..
apa lagi kesempatan di ambil tuk berenang dan bermandi manda la....(enjoy)
Kami sempat berkenalan dengan keluarga dari Britian dan sememangnya mereka sangat teruja datang ke Malaysia kerana cuaca di sana sangat sejuk berbanding dengan di sini..
Selepas berenang,terjun sana sini,mandi kt tepi jambatan besar, kami pun naik semula ke darat dan mengambil peluang (sbb letih) tuk menikmati dan menghirup air 100 plus di cafe Coral View Resort..(waduh..hanya tuhan saja yg tahu waktu tu)..






Balik ke chalet kami berehat pastu solat..lepas solat kami prepare tuk BBQ nite..
berat sungguh nak usung tempat bakar sampai ke depan chalet ye..naseb bek kudrat aku ada lagi..hehe
BBQ...?? (awesome! )

Hari kedua dimulakan dengan msakan sendiri yg agak boleh belah..
lupa plak menunya..apa yer?..hmmm..

Pastu dlm kul 10 pagi kami bertolak tuk gi SNORKELING menaiki bot..
pertama kali memang syok( gerun pon ada)..ada 3 spot kami pergi.
First spot berhadapan dengan Perhentian Island Resort..
apa nak dikata? memang best..(two thumbs up!)
Ikan warna warni,batu karang eksotik dn x lupa 2 ekor penyu yg sedang makan jelas nampak masa snorkeling...terima kasih kepada abg boat sbb tunjuk penyu kat kami..
Spot kedua lagi best..pelancong pon ramai gi snorkeling kat cni.
Rugi sbb x bw makanan ikan(roti) masa ni..ikan memang bnyk (warna-warni dan unik)..kawan si nemo, si dory pon ada gak..experience mcm ni mmg payah nak jumpa klu bukan kt pulau2 seperti ini..(i like..)

spot yg ketiga ni agak menarik dan agak bahaya..kt cini ombaknya kuat..di sebalik celah2 batu besar si nemo jelas kelihatan bermain2 dengan salah satu spesies terumbu karang...kt cini (aku) payah ckit nak snorkeling sbb air masin asyik masuk dlm goggle..kt sini jugak ada shark yg jinak..hanya org bernasib baek saja dpt tengok.Malangnya aku x nmpak shark..2 org kwn aku dpt tengok..(x aci).






Selesai sudah nikmat ber-snorkeling..alhamdulillah..segalanya berjalan lancar..
Petang tu kami berehat dan melawat di sekitar pantai tuk menghirup suasana pantai yg damai, tenteram dengan hembusan ombak kecil menghempas pantai..aduh alangkah indahnya jika pantai seindah ini ada di Pulau Pinang..hehe




Selepas berehat di tepian pantai kami berlima pergi sekali lagi ke tempat Perhentian Island Resort tu tuk melempiaskan nafsu kepada laut2 yg kebiruan yg terserlah kejernihan yg nyata..kali ini kami membawa roti dan NESTUM tuk diberikan kepada ikan2yg berada di tepian pantai..habis tu apa lagi banyak la ikan yg mai lepas bagi makan kt depa..wow!





Sekali lagi hanya tuhan saja yg tahu perasaan ku padaNya.Aku amat bersyukur sekali..alhamdulillah..
Malam tu selepas berehat,makan,solat kami meninjau dan menikmati keindahan pantai dan resort2 di sekitarnya pada waktu malam..
Melihat bintang2 yg menerangi langit pada waktu itu terasa begitu indah bgiku..(chewahh jiwang la plak)
sungguh asyik sekali..sekali skala deruan ombak menhempas pantai membuatkan ku terlena di atas kerusi malas yg terletak di hadapan resort..
zzzzz...

keesokan harinya adalah hari terakhir tuk penginapan di situ..terasa berat hati tuk meninggalkan tempat ini..tetapi apakan daya tempat tinggalku bukan di sini..
Pada pagi tu kami bersiap-siap tuk melakukan aktiviti seterusnya iaitu BERKAYAK..
Kami berkayak di tengah lautan dan menuju ke sebuah pantai yg tidak berpenghuni..
pantainya memutih dan kaya dengan ikan2, batu karang yg jelas kelihatan di bwh 2 meter dalamnya.
Pantai itu juga terdapat sumber air tawar iaitu air mata air yg mengalir ke lautan..
kami sempat mengambil peluang tuk berendam di dalam air sejuk nya bagai air gunung..
Gambar2 sempat di ambil sebagai kenangan abadi yg tidak mungkin dilupakan..
Kami bergegas pulang ke chalet dan kelihatan bot sedang menuju ke arah kami dan mengarahkan kami supaya segera kerana masa yg ditetapkan tuk menaiki kayak telah pon berlalu hampir 2 jam.Sepatutnya bayaran dikenakan pada setiap jam terlewat.Nasib bek bro jaga kayak tu tak kenakan bayaran kepada kami.terima kasih bro.Dah la terlebih berkayak terlepas bot nak balik plak tuh..apa lagi kami cepat2 la lari ke chalet dan pack barang..




Fuhh lega..walaupun kami terlewat tuk menaiki boat pulang dari jetty tapi kami dpt menaiki boat sampan (slow boat) tuk mengejar speedboat.Alhamdulillah..naik jugak aku atas speedboat.


Percutian kali ini memang best sangat ditambah dengan pengalaman (kali pertama,pahit,manis,lucu,cemas dll ) dan tidak mungkin lenyap dari ingatan sampai akhir hayatku.InsyaAllah
Perhentian Island memang paradise island.Harap2 dapat berkunjung lagi di sini.Itupun selepas Redang! Here we go Redang!



No comments:

Post a Comment