Thursday, May 27, 2010

Pulau Aman

Satu hari lagi yang membosankan..

Apa lagi..jom la gi jalan2..kali ni ak pergi ronda-ronda ke Pulau Aman.Pulau Aman terletak di Bukit Tambun. Akhirnya hasrat untuk pergi ke Pulau Aman terlaksana setelah sekian lama mendengar perkataan Pulau Aman dari buah mulut orang sekeliling.Aku pergi ke sana bersama 3 orang rakan yang lain.Aku,Naz,Amy dan Bulah.Kami pergi menaiki kereta dari rumah Bulah ke Jeti Kuala Musang.









Tiba di sana lebih kurang pukul 12.45 tengahari.Kami terus menaiki bot yang telah disediakan di hujung jeti.Bayaran bot untuk ke sana ialah RM 6 ( pergi dan balik ).Perjalanan ke sana mengambil masa sekitar 20 minit ( teka saja).Sampai saja di sana kami mengambil peluang untuk bersiar-siar di sekitar perkampungan nelayan.



Hasrat untuk merasai mee udang di sana terus dilaksananakan.Kami terus menikmati mee udang di satu-satunya restoran terapung terdapat di situ.Mee Udang di situ memang sedap.Harganya juga berpatutan.Makan time~slrrpppp.



Sesudah makan kami terus ronda-ronda sekitar perkampungan.Suasana perkampungan di situ memang aman.Jauh dari kesibukan dan percemaran kota.Pulau Aman juga meyediakan pelbagai aktiviti-aktiviti seperti jungle trekking,camping,berkayak,memancing, dan lain2.Mereka juga menyediakan chalet untuk disewa sekiranya pelawat ingin bermalam.



Pulau Aman juga di kelilingi oleh pulau-pulau kecil seperti Pulau Gedung.Untuk melawat keindahan pemandangan sekitar Pulau Aman dan pulau di sekitar,pelawat boleh menyewa bot yang dipandu oleh pemandu pelancong.Overall pulau ini memang best.Kami bertolak pulang pada pukul 3 petang dengan hati belum puas.InsyaAllah aku akan kembali ke sini lagi.:)

No comments:

Post a Comment